Batu Rasak - Rakan Cinta Alam Bintulu

 

Projek kumpulan kami adalah berkaitan dengan pemuliharaan khazanah alam sekitar untuk mengelakkan kemusnahan mengikut arus permodenan zaman masa kini.


Perkara yang mendorong kami untuk melaksanakan projek kewujudan batu pelik yang unik dan misteri yang terletak berdekatan dengan Kampung Penan Muslim Batu 10 Jalan Bintulu-Miri ini ialah untuk memelihara khazanah alam semulajadi ini daripada hilang di telan arus moden. Projek yang bertajuk kewujudan batu pelik yang berada di Kampung Penan Muslim yang dipanggil ‘Batu Rasak’ oleh penduduk tempatan.


Lokasi batu ini kira-kira mengambil masa 5 minit sahaja untuk tiba di destinasi yang berada tersorok di dalam hutan. Penduduk yang tinggal di sekitar tapak projek ini adalah majority dari masyarakat kaum melanau pada masa kini dan tidak lagi seperti suatu ketika dahulu.


Tujuan kumpulan kami memilih projek ini adalah kerana memperkenalkan tempat ini secara tidak langsung memartabat dan memelihara batu tersebut sebagai tinggalan sejarah yang misteri.


Sekiranya projek ini diterima, penduduk di kampung ini akan meningkatkan pendapatan penduduk sekitar secara tidak langsung melalui program pengenalan tentang kewujudan dan kemisterian Batu Rasak ini sebagai tempat pelancongan yang unik di samping menaikkan kawasan perkampungan ini secara khususnya dan Bintulu di dalam Negeri Sarawak amnya.


Batu Rasak merupakan sebuah kawasan perkampungan Penan Muslim yang terletak tidak jauh dari Kampung Penan Muslim Batu 10 Jalan Bintulu-Miri. Ianya terletak kira-kira 16km dari Lapangan Terbang Bintulu dan mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke Kampung Penan Muslim Batu 10 Jalan Bintulu-Miri dan mengambil masa sekurang-kurangnya 5 minit untuk berjalan dari ibalai raya Kampung Penan ke lokasi iaitu Batu Rasak.


Asalnya kawasan ini merupakan sebuah kampung yang kurang membngun dank rang pendedahan kepada dunia luar kerana lokasinya yang jauh dari pusat Bandar. Pada permulaannya, hanya 3 buah rumah dan didiami oleh 3 keluarga sahaja dan mempunyi jumlah penduduk seramai 21 orang pada tahun 1968, pernama ketua kampung En. Piee Bin Miring, Tuan Haji Sumar dan En. Belaying bin Ajak. Pada tahun 2010, peningkatan mendadak bilangan rumah sebanyak 164 buah rumah dan bilangan populasi sebanyak 885 orang penduduk. Peningkatan sebanyak 97.6% jumlah penduduk dalam masa 42 tahun.


Kampung Penan Muslim Batu 10 mempunyai khazanah dan misterinya tersendiri yang tidak pernah lagi di ambil perhatan oleh masyarakat luar mahupun penduduk jati Kampung Penan sendiri. Dengan adany projek ini, keunikan dan misteri Batu Rasak ini dapat di kaji dengan lebih saintifik lagi. Secara tidak langsung, keunikan dan misteri Batu Rasak ini dijadikan salah satu tempat yang boleh diusahakan menjadi tempat pelancongan di daerah Bintulu ini dan juga mungkin dapat dikembangkan sehingga menjadi sebuah tempat pelancongan terkenal di Sarawak mahupun di Malaysia.


Dengan adanya pembukaan tempat-tempat penuh dengan misteri dan keunikan di sebalik kewujudannya ini mampu menarik minat pelancong tempatan mahupun pelancong asing untuk melihat dan mengkaji sejarah wujudnya Batu Rasak di Kampung Penan Muslim ini. Jadi, dengan hadirnya pelancong-pelancong ini secara tidak langsung dapat member inisiatif kepada penduduk Kampung Penan Muslim untuk menambah pendapatan dengan mewujudkan penginapan ‘homestay’ kepada pelancong-pelancong yang ingin menikmati sendiri kehidupan di kampung.

PHOTOS

VIDEO

RAKAN CINTA ALAM (BINTULU)