Mencorak Masa Depan Lebih Cemerlang Rakyat Sarawak

Di SarawakYes!, kami menyedari rakyat Sarawak mempunyai potensi yang besar dalam bidang pendidikan dan juga pembangunan sumber tenaga kerja. Justeru, SarawakYes! berhasrat untuk membantu memacu rakyat Sarawak dalam usahanya untuk membina masa depan yang lebih cemerlang.

Pendidikan merupakan asas yang penting untuk mencapai kejayaan dan menyedari hakikat ini rakyat Sarawak wajar diberikan akses kepada segala peluang yang ditawarkan oleh bidang pendidikan. Ini membolehkan peluang pekerjaan dapat diwujudkan kelak boleh menjamin taraf hidup yang selesa untuk penduduk Sarawak sendiri.

Untuk itu, kami menyeru agar rakyat Sarawak bekerjasama dalam mengubah masa depan negeri kita agar lebih cemerlang!

Dengan wujudnya peluang pendidikan yang meliputi segenap aspek; baik profesional mahupun vokasional, dari pendidikan peringkat menengah kepada peringkat universiti dan kolej, setiap penduduk berhak mendapatkan peluang yang disediakan oleh sektor pendidikan serta melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan untuk merealisasikan impian ini.

Di zaman yang moden ini, peluang untuk pembelajaran berada di mana-mana. Apa yang perlu hanyalah semangat untuk maju ke hadapan dan tidak berputus asa dalam menimba ilmu. SarawakYes! yakin peluang ini berada dalam jangkauan anda, dan hanya memerlukan sedikit dorongan untuk bermula.

Kita sedia maklum akan peranan pendidikan terhadap pembangunan kerjaya. Tapi anda mungkin tertanya-tanya, apakah yang ingin saya pelajari? Memilih jurusan atau latihan mungkin mendatangkan kerisauan di kalangan anda, terutamanya jika anda masih kurang pasti dalam perancangan kerjaya. Jika anda sudah tahu matlamat kerjaya anda, tahniah! Jika sebaliknya, anda tidak perlu risau kerana Sarawak Yes! akan membantu.

Sesudah tamat pengajian, anda mungkin akan menjalani latihan industri, atau terus melangkah ke alam pekerjaan.

Anda tentu berdebar-debar, betul?

Usah risau, kami di SarawakYes! akan memberi bimbingan kepada anda dengan menyediakan latihan dan tip-tip yang berguna dalam menghadapi dunia pekerjaan sekaligus merancang perjalanan kerjaya anda.

Kami percaya bahawa usaha dan komitmen tanpa mengenal erti lelah disertai pendidikan dan latihan yang sesuai adalah resipi kejayaan.

Mari kita bersama-sama memastikan Sarawak akan terus melahirkan tokoh-tokoh dan rakyat yang berjaya dari segenap segi dan merealisasikan impian Sarawak yang cemerlang!