HomeLensaE-Penambang - Inovasi Mobiliti Sungai Sarawak

E-Penambang – Inovasi Mobiliti Sungai Sarawak

Stesen Pengecasan Solar Perahu Penambang yang terdapat di Jeti Pontoon Kampung Sungai Bintangor menggunakan sistem PV suria dwimuka berkapasiti 19.84kWp dan beroperasi di bawah skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) serta berpotensi untuk disepadukan dengan teknologi tenaga boleh diperbaharui lain seperti penyimpanan bateri dan hidrogen.

E-penambang mula diperkenalkan pada pertengahan tahun ini (2025) sebagai sebahagian daripada langkah inovatif mobiliti pengngkutan sungai dalam memperkasa perkhidmatan sistem pengangkutan ikonik Perahu Tambang di Sungai Sarawak.

Ia dilihat bukan sahaja mesra-alam dengan dilengkapi peralatan sistem kenderaan elektrik (EV) dan solar ini akan menggunakan tenaga elektrik yang rendah, tiada gangguan bunyi dan rendah karbon disamping mengekalkan rekabentuk tradisional dan nilai warisan.

Setiap E-Penambang dilengkapi dengan sistem pendorong elektrik 3kW berkuasa bateri lithium 3kWh  menawarkan operasi enjin yang senyap, sifar pelepasan karbon serta kos operasi yang lebih rendah, boleh mengurangkan perbelanjaan lebih 80 peratus berbanding enjin petrol.

- Advertisement -

Subscribe to SarawakYES! Newsletter!

- Advertisement -

SarawakYES!
Privacy Overview

This website uses cookies so that we can provide you with the best user experience possible. Cookie information is stored in your browser and performs functions such as recognising you when you return to our website and helping our team to understand which sections of the website you find most interesting and useful.