Permohonan kemasukan ke dalam perkhidmatan awam dalam kalangan rakyat Malaysia dijangka mencecah 1.3 juta tahun ini berbanding 1.2 juta pada tahun lepas berdasarkan jumlah permohonan yang diterima oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dari semasa ke semasa.
Data tersebut juga memberi gambaran bahawa kerjaya dalam sektor awam masih menjadi pilihan ramai orang, biarpun kerajaan memutuskan untuk tidak lagi meneruskan skim pencen bagi lantikan baharu di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Di bawah SSPA, pelantikan penjawat awam baharu akan dilaksanakan secara Lantikan Tetap dan Bercarum (LTB).
Ini bermakna, penjawat awam baharu akan menikmati skim perkhidmatan tetap secara bercarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Secara ringkasnya, pegawai lantikan tetap di bawah skim LTB mendapat jaminan kerjaya jangka panjang di samping menerima simpanan persaraan KWSP dalam bentuk akaun individu caruman seperti pekerja sektor swasta.
Baca lanjut :
