Stesen Pengecasan Solar Perahu Penambang yang terdapat di Jeti Pontoon Kampung Sungai Bintangor menggunakan sistem PV suria dwimuka berkapasiti 19.84kWp dan beroperasi di bawah skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) serta berpotensi untuk disepadukan dengan teknologi tenaga boleh diperbaharui lain seperti penyimpanan bateri dan hidrogen.
E-penambang mula diperkenalkan pada pertengahan tahun ini (2025) sebagai sebahagian daripada langkah inovatif mobiliti pengngkutan sungai dalam memperkasa perkhidmatan sistem pengangkutan ikonik Perahu Tambang di Sungai Sarawak.
Ia dilihat bukan sahaja mesra-alam dengan dilengkapi peralatan sistem kenderaan elektrik (EV) dan solar ini akan menggunakan tenaga elektrik yang rendah, tiada gangguan bunyi dan rendah karbon disamping mengekalkan rekabentuk tradisional dan nilai warisan.
Setiap E-Penambang dilengkapi dengan sistem pendorong elektrik 3kW berkuasa bateri lithium 3kWh menawarkan operasi enjin yang senyap, sifar pelepasan karbon serta kos operasi yang lebih rendah, boleh mengurangkan perbelanjaan lebih 80 peratus berbanding enjin petrol.
