HomeLensaJambatan Tun Taib Mahmud

Jambatan Tun Taib Mahmud

Jambatan Tun Taib Mahmud yang mula dibuka kepada pengguna pada Mac 2025 kini menjadi mercu tanda baharu bagi Bahagian Bintulu. Jambatan ikonik sepanjang 870 meter ini dibina dengan kos RM466.7 juta dan merupakan jambatan ketiga terpanjang di Sarawak selepas Jambatan Batang Lupar (4.3 km) dan Jambatan Muara Lassa (2.3 km).

Pembinaan jambatan ini bukan sahaja memberi wajah baharu kepada landskap Bintulu, malah dijangka mengurangkan kesesakan lalu lintas serta memperkukuh rangkaian perhubungan darat yang lebih lancar dan mampan untuk jangka panjang. Projek ini sekali gus menjadi simbol kemajuan infrastruktur di Sarawak.

- Advertisement -

Subscribe to SarawakYES! Newsletter!

- Advertisement -

SarawakYES!
Privacy Overview

This website uses cookies so that we can provide you with the best user experience possible. Cookie information is stored in your browser and performs functions such as recognising you when you return to our website and helping our team to understand which sections of the website you find most interesting and useful.