HomeGaleri Foto | Photo GalleryMercu Tanda Pusat Kejuruteraan Pertama di Kuching

Mercu Tanda Pusat Kejuruteraan Pertama di Kuching

Replika Kapal HHY Zahora merupakan tarikan utama di Brooke Dockyard Industrial Heritage Museum yang telah dibuka secara rasmi pada April 2026. Para pengunjung berpeluang menaiki kapal berkenaan yang menyimpan sejarah tersendiri dalam sektor pengangkutan maritim di Sarawak.

Kapal tersebut yang juga dikenali sebagai Seri Sarawak pernah berlayar gah di perairan Sarawak ketika berkhidmat sebagai kapal rasmi semasa pemerintahan Kerajaan Brooke.

Tapak muzium berkenaan yang dulunya dikenali Limbungan Brooke telah dibina pada tahun 1908 dan mula beroperasi pada 1912.

Limbungan tertua di Sarawak dan di Malaysia itu pada awalnya berperanan penting menempatkan kapal Rajah Brooke sebelum berkembang menjadi pusat pembaikan kapal, sokongan untuk industri minyak dan gas serta latihan kejuruteraan, menjadikannya pusat kejuruteraan pertama di Kuching.

Hari ini, Brooke Dockyard Industrial Heritage Museum menjadi mercu tanda penting dalam sejarah pembangunan teknologi dan ekonomi Sarawak.

Selain berfungsi sebagai destinasi pelancongan budaya, muzium berkenaan turut berfungsi sebagai pusat pendidikan warisan industri dan menjadi ruang apresiasi terhadap sumbangan tenaga kerja tempatan dalam sektor maritim dan pembuatan.

Pengunjung boleh mendengar pengalaman dan kisah-kisah menarik ‘Men of Steel’ ini di sudut galeri yang disediakan di muzium tersebut.

- Advertisement -

Subscribe to SarawakYES! Newsletter!

- Advertisement -