Salah seorang peserta pameran yang juga tenaga pengajar dari universiti tempatan turut berminat mencuba sendiri aktiviti permainan interaktif yang berasaskan ilmu fizik
Aktiviti eksperimen di atas pentas yang melibatkan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) turut diadakan
Pameran oleh Fakulti Agroteknologi dan Sains Gunaan, Kolej Universiti i-CATS menarik minat para pelajar untuk mengetahui lebih lanjut tentang aplikasi sains dan teknologi dalam sektor pertanian
Pelajar semester dua (2) program Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik), UiTM Kampus Samarahan, Muhammad Irfan bin Sarbini memberi isyarat perintah suara kepada ‘Luna’, iaitu robot perintah suara (voice-command robot) yang boleh berfungsi secara offline tanpa memerlukan sambungan internet atau wifi.
Luna yang dihasilkan oleh Kelab Robotronix UiTM mampu bertindak balas dengan memaparkan 10 ekspresi wajah unik berdasarkan perintah suara yang diterimanya
Muhammad Irfan yang juga ahli Kelab Robotronix UiTM mempamerkan Luna, iaitu robot perintah suara yang pertama dihasilkan oleh kelab berkenaan
Benedict Napoleon Sii Zhong Yang yang ditemui berpendapat, MSN 2025 sangat memberi manfaat kerana memberi pendedahan kepada pelajar aliran bukan sains, terutama melalui aktiviti interaktif berasaskan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik).
Menurut beliau, pendedahan tersebut mungkin boleh menarik minat mereka untuk lebih mendalami sains dan teknologi untuk diaplikasikan ke dalam kehidupan harian.
Beliau yang kini mengikuti program Diploma Kejuruteraan Elektrik (Elektronik), UiTM Kampus Samarahan semester dua (2) juga merupakan seorang ahli Kelab Robotronix UiTM dan bercita-cita tinggi untuk menjadi jurutera dalam bidang elektrik ataupun elektronik.
Berasal dari Mukah, Benedict berhasrat untuk berkhidmat di Sarawak dalam bidang industri semikonduktor yang beliau lihat berpotensi untuk dibangunkan di rantau ini, lebih-lebih lagi apabila syarikat besar antarabangsa, iaitu NVIDIA bakal menubuhkan Pusat Data AI di MalaysiaAktiviti eksperimen foldscope atau mikroskop origami yang dikendalikan oleh pihak Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC).
Foldscope merupakan mikroskop kecil yang diperbuat daripada kertas dengan memiliki kualiti optik yang sama dengan mikroskop kajian konvensional.
Imej makhluk seni yang boleh dilihat adalah sama dengan mikroskop yang biasa di pasaran, iaitu dengan pembesaran sebanyak 140X dan reolusi 2 mikron.
Lebih menarik, imej organisma mikro yang dilihat menerusi kanta foldscope boleh dirakam dengan hanya menggunakan telefon pintar